Pages

Thursday, September 27, 2012

apa itu anemia??

pertama kali dengar word "anemia" bila terjumpa artikel berkenaan darah cair. sajela mencari info tentang darah cair sebab dah berapa kali try nak derma darah tapi tak lepas dek kerana alasan darah aku cair. so apa itu anemia aka darah cair??

Anemia ialah penyakit yang melemahkan tubuh badan, terjadi apabila kepekatan hemoglobin dalam darah di bawah paras normal mengikut usia dan jantina. Hemoglobin ialah sejenis pigmen yang terdapat dalam sel darah merah di mana ia membawa oksigen daripada paru-paru ke tisu-tisu. Kekurangan zat besi (iron) iaitu komponen penting hemoglobin merupakan sebab biasa terjadinya anemia.

tanda-tanda Anemia
  • Tanda-tanda pucat pada bibir dan sekeliling mulut, kuku, pelipat, dan bahagian dalam kelopak mata
  • Tidak bermaya, letih, dan lemah badan
  • Pendek nafas apabila melakukan senaman
  • kerap sakit kepala, Pening, pitam disebabkan oleh kurangnya oksigen sampai ke otak
  • Angina pectoris iaitu suatu keadaan di mana berlaku kesakitan di dada yang diakibatkan oleh oksigen yang sampai ke jantung tidak mencukupi, jantung berdegup lebih kencang atau tidak normal.
  • Kurang selera makan dan kehilangan berat badan, sukar untuk berjalan, dan mental bercelaru yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12.
  • mata kekuningan
kesan-kesan Anemia
  • menjejaskan sistem pernafasan / kegagalan jantung berfungsi
  • mengalami komplikasi ketika hamil (keguguran)
  • memberi risiko terhadap bayi
  • mengalami masalah oral


ini baru sikit info yang aku jumpe.. banyak lagi sebenarnye.. tapi, ni pun kire ckupla nak tambah pengetahuan kat kepala otak yang sememangnya tak ada pengetahuan. so, lepas ni perlulah buat mdical chek up.. sebab semua orang nak hidup lame =)

"kesihatan itu lebih penting daripada kekayaan"
 

Monday, September 24, 2012

beza cinta, sayang suka & minat

bangun pagi tanpa melelapkan mata semula selepas subuh merupakan perkara yang jarang.. eerrr... so, untuk mengelakkan dari terlelap semula, cari info untuk tambah2 kat kepala otak ni. dan akhirnya terjumpa pulak benda ini... aiihhh... sejak 2 menjak ni asyik post binatang yang jiwang2 je... bukan apa,, sekadar bermuhasabah diri sendiri dari perspektif yang berbeza-beza. =)

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.

(dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.

(dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…


(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.


(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan)

 

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

Sunday, September 23, 2012

bercerita tentang jodoh


apabila dia menyapa, jodohkah namanya?

jodoh itu penuh keunikan. 

apabila semakin dikejar, semakin dia berlalu pergi.

apabila kita hanya menanti, usahkan hadir, bayangnya juga belum pasti.

kadangkala, antara jodoh dan nafsu, kita sering terkeliru.

adakah dia jodoh ditunggu, ataupun dia sekadar menyapa sambil berlalu?

kadangkala hadirnya tidak disangka.

dia rupa-rupanya jodoh untuk kita.

rencam jodoh, manaisnya dapat mendamaikan hati, pahitnya dapat menghancurkan diri.

misterinya dia, hanya Allah Maha Mengetahui.

apabila dia menyapa,,, jodohkah namanya??


bacala tatkala mula menyintai dan tatkala terkeliru. =)



sesungguhnya,, percayalah selain mati, jodoh juga perlu ditunggu gilirannya..

Tuesday, September 18, 2012

apa nak buat kat si hacker ni??

post ini diadaptasi dari bawah katil aku.

hah!! btol. hacker detected.. ciss!! pantang dilepas. ad saje yang die hack. dulu aktif hack fb aku.. sekarang hack fon aku pulok.. pape saje yang die msg. tlg replykan msg laa... baik betul. korang ad kwn yg tlg reply msg?? xde kan.. =)

so, ape yang perlu kite buat kalau ad hacker???

1.hack balik fon @ lappy die.
2. belasah habis habisan + tarik rmbut
3.gaduh mulut
4. jgn bertegur dgn die
5. saiko die sikit

biasenye orang akan hack balik si hacker tu. balas semula apa yang dia dah buat. kan? kalau dulu ye aku balas balik. tapi sekarang,,,,, biala die.. asal beliau bahagia. mungkin niat nak bergurau kan. bergurau kan merapatkan ukhuwah.=)

maaf bagi sape2 yang pernah jadi mangse si hacker =)

Sunday, September 16, 2012

saya syg mak

Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu?
Anak : Sebab saya anak mak kan?
Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu..
Anak : Apa tu mak?
Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti   andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad ibu nanti..
Anak : Mak! Janganlah...
Mak : Jadi anak soleh ye..mak perlukan doamu di sana nak..
(dicopy dri  fb UiTM KBM)

"mengapa kita selalu lupa utk membuat ibu kita tersenyum bahagia?"
 haa... ni refer tok diri aku sendiri. slalu je wat mak sedih kadang2 tu sengaja buat mak sakit hati. Ya Allah!! banyaknye dosa aku pada mak.. minta ampun mak.. sob2.. 

so, perlu perbaiki diri utk jadi anak solehah sebab tak nak bebankan mak. 

"sesungguhnye keredhaan Allah terhapad hambanya bergantung pada keredhaan ibu terhadap anaknya"

syg mak!!

 
 

amin..

ya Allah,
jadikanlah aku peribadi yang sabar, dan selalu brsyukur dan tetap berusaha untuk tetap melakukan yang terbaik serta lindungi orang2 yang aku sayang dan berkahilah mereka kerana aku sayang mereka

ya Allah,
berikanku rezeki yang luas, yang halal lagi baik tanpa memberatkan ku. jika rezekiku ada di langit, maka turunkanlah. jika ada di bumi, keluarkanlah. jika jauh, dekatkanlah. jika sedikit, banyakkanlah. jika banyak, berkahilah agar aku dapat menolong org2 yg kesusahan. ya allah, kabulkanlah doaku.

ya Allah,
seandainya telah engkau tuliskan dia milikku dan terlahir untukku, dekatkanlah dan satukanlah hatinya dan hatiku dgn cara yang baik. berikanlah kebahagiaan antara kami agar kesetiaan itu abadi.


sesungguhnya Allah maha mendengar =)

Saturday, September 15, 2012

mari berlatih

hari ini aku bercita cita utk menaip tanpa menekan 'backspace'. ok mule!

minggu ni cuti 3 hari tapi hat eh salah tapi tak terasa nak balik jb. apelaa cuti lame kot, rugi betol. pagi2 ein (rumate) dah pergi wet world. ad jgak kspace bermakne akudy ajak tapi pun tak terasa nak ikot. sampai tak bercakap dgn aku sebab aku xikot. so, sekarang aku tengah bosan itu yang buat binatang ni. ape nak buat aku pun xtau. nak berjalan xde kawan nak gi cari keje part time tapi malu. apela malu pulok.  nak buat asgmnt blom mari lagi mood tu. bosannn.... eh2.. macam ok je aku taipn eh kan dah salah. baru je nak puji diri ini tatkala menaip tanpa menekan backspace. yeah!! rase2 aku dah berjaya menaip dhn oh salah lagi. bile nak puji diri je mesti salah taip so xnak puji lagi. tapi nak cakap jugak aku boleh taip y eh taip tak tekan bac............. aiseyyyyy.... laru oh lari pulak.. haaa..... papelaaa aku dah malas dan bosan dan blank.

Friday, September 14, 2012

10 facts about me

mengapa perlu ad 10 fakta ni??? 
mane tau blh jadi platform utk org knal2 diri ini. hampeh~
blh jadi panduan utk org tgh cari jodoh. (xde kne mngene)
dan juga boleh jadi info yg berguna utk si stalker. ade ke?? xde kot.
WEEII!!!! suka hakulaaa~~~

ok. mule dari 1.

1. seorang anak yang baik dan juga seorang anak yang jahat!

2. suka warna biru

3. kucing itu best, sangat suka kucing.

4. aku tak suka lipas sebab die lari laju dan buat aku tersangat neves n panik!!

5. agak jiwang.. eerrr

6. sedang memikirkan lagi 3 fakta tatkala ini.

7. takde makanan kegemaran tapi suka makan ayam masak lemak cili api yang mak masak.

8. tidak mempunyai bestfriend so.. xde so.

9. aku pandai tapi pemalas menjadikan aku bodoh.

10. pengecut tapi kuat semangat.

11. ini dah no 11 ni.

12. knape msih ad no? kan 10 fakta je.

13. ok.. stop sini sebab bantal busuk dah panggil.

14. eh2. fakta no 13 tu mcm tipu je. sila jangan percaya.

15. ok. ngantok sudah. bye!! =)

Thursday, September 13, 2012

bestfriend

bestfriend
terpulang pada setiap individu tu nak describe maksud bestfriend mengikut pandangan masing2.. pada aku, senang je, as long as orang tu mengaku dan anggap aku bestfriend dy, tulah yg dinamakan bestfriend dan dialah bestfriend aku =)

knape ye?? cuba bayangkan kalau kite je yang ye2 anggap dy bestfriend kite sedangkan die langsung xpernah pun anggap kite ni bestfriend die..  macam mane kita blh nk anggap die bf kalau dy xanggap kita bf? puihh!!! papela yang aku merepek..

pada aku, bestfriend = org yg turut menganggap kita bestfriendnye.. wallawallaa~~

best friend dan kawan baik lain maksudnye sebab bestfriend ialah kawan terbaik manakala kawan baik ialah good friend.. see!!! translation yg baik ==!

kawan yg sentiasa dgn kita xsemestinya die blh jadi bestfriend kalau x mane datang word 'kawan tikam dari belakang'?? 'kawan makan kawan'?? contoh rumate. roomate tu kawan baik. tapi blh juga jd xbaik..


lagi satu.. MTBFF??? wat the....??? apakah??

BF = blh jadi bestfriend blh jadi boyfriend.
BFF = best friend forever
MTBFF???? = more than bestfriend.


masing2 ada otak masing2 ada pemikiran yg berbeza bukan?? =)

so, kesimpulannye, aku takde bestfriend.


Wednesday, September 12, 2012

macam macam boleh jadi tajuk

rinduku pada-Mu Tuhan tidak selalu berbunga
ia datang sekali sekala
tapi selalu terputus, lama tidak juga
cuma belum istiqamah saja
harap rinduku pada-Mu tidak diputuskan
walaupun cintaku pada-Mu selalu terputus
terputus bukan ku sengajakan
tapi bisikan bisikan dunia
yang selalu melalaikan
aku tidak suka itu semua
tapi ia mengganggu juga, setiap masa
aku cuba mengatasinya
agar cintaku pada-Mu tidak terputus
bantulah aku Tuhan mengatasinya
agar rinduku pada-Mu sering berbunga
maka cinta-Mu padaku berbunga pula
alangkah indahnya engkau dan aku rindu merindui
agar selain-Mu tidak ada harganya.