sesuatu yang nak dikongsikan untuk kali ini adalah tentang satu tentatif program Majlis Perasmian Gerkorama 2004 yg diadakan di Dewan Jubli Segamat. ape yang menarik pasal tentatif ni.. banyak2 tentatif program kan.. xpenah pulak aku jumpa yang ade letak satu petikan @ kata2 berunsur dakwah.. sekali baca tertarik nak simpan. dah 8 tahun, terasa nak kongsi pulak. mungkin ada yg penah terbaca or terdengar kan.. cubela rajinkan mate nak sort perenggan yg agk pnjng x pnjng je kt bwh ni..
pernah tak sahabat semua renungkan??... betapa kita tidak sanggup untuk bangun malam buat solat sunat, tapi sanggup tak tidur malam buat homework?? tahukah sahabat semua, Ibnu Sina studynya disulam dengan zikir.. bila terasa buntu terus bangkit dan solat dua rakaat minta petunjuk dari Allah.. kita? study disulami dengan lagu-lagu lagha.. kononya lebih mudah untuk masuk otak. bila buntu, terasa sudah tepu,, mulalah mencari hiburan atau paling kurang mengacau kawan. tapi bila ditanya, pandai berkata-kata.. jika belajar diniatkan kerana Allah, insyaallah akan mendapat pahala. agak-agaknya, kerana allah ke kita dengar lagu-lagu melalaikan?? atau kita niatkan kerana Allah bila menatap majalah hiburan?? atau kerana Allahkah kita menonton wayang?? bila hati terasa gelap sukar menerima ilmu, mula bertanya sendiri.. apa salah aku?? sembahyang tak pernah sampai habis waktu.. tak pernah aku berdating atau berkasih-kasihan.. tapi..... sedar tak kawan-kawan, maksiat itu luas pengertiannya?? mencuaikan solat adalah maksiat pada Allah.. melihat orang lain membuat maksiat juga adalah maksiat. apatah lagi melihat aurat orang lain (majalah hiburan).. macam manalah hati tak gelap.. nak terima ilmu dunia pun terasa payah apatah lagi bila sentuh tentang akhirat.. ingatlah kawan-kawan, matlamat kita bukan sekadar untuk menjadi engineer, usahawan.. tapi juga hamba Allah yang dipandangnya di akhirat nanti. siapakah yang akan membantu kita di padang mahsyar?? nak minta syafaat para artis ke?? risau, takut-takut Rasulullah tak pandang langsung pada kita...
kenapa tiba2 aku post setelah sekian lame bende alah ni aku simpan?? sebab terasa nak post.. mane tau blh bagi kesedaran atau peringatan tok korang2 terutamanya diri aku sendiri.. ^_^