Pages

Thursday, September 27, 2012

apa itu anemia??

pertama kali dengar word "anemia" bila terjumpa artikel berkenaan darah cair. sajela mencari info tentang darah cair sebab dah berapa kali try nak derma darah tapi tak lepas dek kerana alasan darah aku cair. so apa itu anemia aka darah cair??

Anemia ialah penyakit yang melemahkan tubuh badan, terjadi apabila kepekatan hemoglobin dalam darah di bawah paras normal mengikut usia dan jantina. Hemoglobin ialah sejenis pigmen yang terdapat dalam sel darah merah di mana ia membawa oksigen daripada paru-paru ke tisu-tisu. Kekurangan zat besi (iron) iaitu komponen penting hemoglobin merupakan sebab biasa terjadinya anemia.

tanda-tanda Anemia
  • Tanda-tanda pucat pada bibir dan sekeliling mulut, kuku, pelipat, dan bahagian dalam kelopak mata
  • Tidak bermaya, letih, dan lemah badan
  • Pendek nafas apabila melakukan senaman
  • kerap sakit kepala, Pening, pitam disebabkan oleh kurangnya oksigen sampai ke otak
  • Angina pectoris iaitu suatu keadaan di mana berlaku kesakitan di dada yang diakibatkan oleh oksigen yang sampai ke jantung tidak mencukupi, jantung berdegup lebih kencang atau tidak normal.
  • Kurang selera makan dan kehilangan berat badan, sukar untuk berjalan, dan mental bercelaru yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12.
  • mata kekuningan
kesan-kesan Anemia
  • menjejaskan sistem pernafasan / kegagalan jantung berfungsi
  • mengalami komplikasi ketika hamil (keguguran)
  • memberi risiko terhadap bayi
  • mengalami masalah oral


ini baru sikit info yang aku jumpe.. banyak lagi sebenarnye.. tapi, ni pun kire ckupla nak tambah pengetahuan kat kepala otak yang sememangnya tak ada pengetahuan. so, lepas ni perlulah buat mdical chek up.. sebab semua orang nak hidup lame =)

"kesihatan itu lebih penting daripada kekayaan"