Pages

Tuesday, October 30, 2012

cerita tembok


ada satu tembok ni. aku sendiri tak tahu di mane letaknye tembok ni. berapa ketinggian tembok ni. bile wujudnya tembok ni.. siapa yang bina tembok ni. aku langsung tak tahu dan tak nak ambil tahu. yang aku tahu ada satu tembok.

faham jelaa.. bila ada tembok, bermakne akan ada satu kawasan aku punye dan sebelah kawasan lagi orang lain yang punye. dulu aku tak pernah amik tau pasal kawasan di sebelah.. aku.. aku hanya sibuk dengan kawasan aku je.

aku mula tertarik dengan tembok itu. semakin hari semakin ingin tahu tentang tembok itu. dan yang semestinya aku nak tahu apa disebalik tembok. di kawasan orang sebelah. hari demi hari pun berlalu. tidak tahu dari mana datangnya keinginan aku untuk memanjat tembok itu. 

aku panjat dan duduk di atas tembok. duduk diam-diam. melayan perasaan sorang-sorang.. semuanye indah.. almaklumlah.. duduk pun kat atas tembok. tinggi juga laa.. dapat tengok ape yang jadi kt bawah.. macam-macam aku boleh lihat, dengar dan menilai mengikut hati aku sendiri..  bile dah duduk atas tembok, faham jelaa.. tak kan duduk je.. mestilah jengah-jengah orang kat kawasan sebelah kan.. hanya memerhatikan segala yang berlaku. 

saat demi saat.. hari demi hari.. bulan silih berganti.. aku masih lagi duduk di atas tembok. memerhatikan segalanya membuatkan aku untuk turun ke tembok sebelah.. tapi aku tau,, tembok itu merupakan satu penghadang yang memisahkan aku dan kawasan sebelah. terkadang ada juga beberapa kali aku terjatuh ke kawasan sebelah.. dah nama pun jatuh,, sakit la.. bila dah sakit baru aku tersedar yang aku dah terjatuh dan berada di kawasan orang.. lantas aku bangun dan panjat balik tembok itu. tak patut untuk terus duduk kat kawasan orang. duduk kembali diam2. sambil terus memerhatikan segala yang berlaku.

aku tak nak lagi terjatuh dari tembok. ingin saje aku turun dari tembok dan kembali ke sedia kala di mana dulunye aku langsung tak ambil tahu satu hal pun tentang tembok itu. tapi,, sekali dah panjat tembok itu,, semuanya indah.. semuanya tak mungkin aku lupa.. dan tak sanggup aku untuk lupakan terus tentang hal tembok itu.. lalu aku memutuskan untuk terus duduk di ats tembok itu dan terus memerhatikan segenap yang berlaku sama ada di kawasan aku sendiri atau di kawasan sebelah.. 

baru aku tahu, tembok itu adalah sebuah tembok yang dibina dari setiap inci kenangan. aku akan pastikan ianya terus kukuh kerana berada di atas tembok itu, segala pandangan sangat indah =)

#bercerita untuk diri sendiri sekadar untuk menghiburkan hati sendiri. bermuhasabah diri sendiri dari pelbagai sudut yang berbeza. berimaginasi dan bermain dengan pemikiran sendiri#